Home · General · Tips and Tricks · Education Others

PERBEZAAN MAKNA KATA BILANG, JABATAN DAN LEWAT DALAM BAHASA MELAYU MALAYSIA DAN BAHASA INDONESIA



BAB I

PENDAHULUAN


1.1 PENGENALAN

Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu Malaysia ialah dua bentuk piawai dalam bahasa Melayu moden ( pasca - Perang Dunia II). Selain itu, terdapat juga bentuk standard lain yang digunakan di Brunei atau negara di Asia Tenggara lainnya. Sebenarnya tidak banyak perbezaan antara kedua-dua bahasa. Pelbagai variasi bahasa Melayu yang digunakan di beberapa tempat di Indonesia dan semua mengakui bahawa bahasa yang digunakan di wilayah Riau dan sekitarnya adalah melayu standard. Perbezaan latar belakang sejarah, politik, dan yang berbeza membawa kepada kemunculan perbezaan dalam tatabahasa, istilah dan perbendaharaan kata , sebutan, serta tekanan ke atas kedua-dua bentuk bahasa yang kini digunakan.
Sebelum abad kedua puluh, Melayu telah ditulis dengan menggunakan skrip yang diubah daripada tulisan Arab yang dikenali sebagai huruf Jawi. Selepas abad ke dua puluh satu, Melayu telah ditulis dengan menggunakan huruf Latin , yang dikenali sebagai “Rumi” dan penggunaan bahasa Latin telah hampir menggantikan keseluruhan huruf Jawi dalam kehidupan seharian. Perumian pada asalnya digunakan di Tanah Melayu (kini sebahagian daripada Malaysia) dan Hindia Timur Belanda (sekarang Indonesia). Ini menunjukkan bahawa kedua-dua negara bekas jajahan Britania dan Belanda.

Di Indonesia, vokal u pada asalnya ditandakan dengan oe , serupa di Belanda. Perubahan rasmi oe menjadi u dilakukan pada tahun 1947. Ia adalah perkara biasa di Malaysia, sehingga 1972 , konsonan c yang ditandakan oleh ch di Malaysia, manakala Indonesia berikutan Belanda yang menggunakan tj . Oleh itu, kata cucu di Malaysia bertulis chuchu dan di Indonesia bertulis tjoetjoe, sehingga sistem ejaan akhirnya diperbaharui dan diperkenalkan di Indonesia pada tahun 1972 , yang menggantikan tj dengan c.
Seterusnya seiring perkembangan zaman, kedua bahasa ini mengalami perubahan sesuai dengan arusnya masing-masing seperti laluan sosio politik, perkembangan budaya hidup serta lingkungan etnik yang berbeza.
Dewasa ini, penggunaan beberapa istilah dalam bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Indonesia yang sama seperti kata bilang, jabatan dan lewat mengalami perbezaan makna dan kelaziman penggunaannya. Oleh itu, perlu dibuat suatu justifikasi dalam bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Indonesia baik dalam konteks perbezaan makna kata mahupun kelaziman penggunaan kata tersebut.
Penulisan ini akan menunjukkan perbezaan daripada tiga kata sahaja dan dalam konteks bahasa baku, iaitu kata bilang, jabatan dan lewat sehingga memudahkan pembaca berkomunikasi agar tidak terjadi kesalahfahaman.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Berdasarkan latar belakang di atas dijelaskan bahawa terdapat beberapa kata yang masih mempunyai perbezaan makna meskipun mempunyai sama bunyi dan sama ejaan. Hal ini apabila dibiarkan akan menimbulkan kesalahfaham dalam berkomunikasi antar negara. Diantarannya ialah kata bilang, jabatan dan lewat. Oleh itu, dalam penulisan ini berupaya untuk menjelaskan perbezaan tiga kata tersebut beserta contoh sehingga dapat digunakan dan mengurangi kesalahfahaman.

1.3 TUJUAN

Secara umumnya tujuan penulisan ini ialah untuk mengetahui makna kata bilang, jabatan dan lewat dalam bahasa Melayu Malaysia baku dan bahasa Indonesia, serta menjelaskan perbezaan daripada makna kata tersebut.

1.4 MATLAMAT

Matlamat penulisan ini ialah untuk menjelaskan makna perbezaan kata bilang, jabatan dan lewat dalam bahasa Melayu Malaysia baku dan bahasa Indonesia sehingga tidak ada lagi kesalahfaham dalam berkomunikasi dengan sesama pelajar dan warga tempatan.

1.5 BATASAN MASALAH

Penulisan ini hanya terhad pada perbezaan makna kata bilang, jabatan dan lewat dalam bahasa Melayu Malaysia baku dan bahasa Indonesia sahaja. Contoh ayat pada setiap kalimat, serta menyatakan sumber yang berwibawa seperti kamus dan buku bahasa juga turut disertakan. Fokus penulisan ini akan menentukan arah atau had dalam tulisan yang dikehendak.



BAB II
PENJELASAN


Susah untuk membezakan secara keterlaluan antara bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Indonesia dengan alasan bahawa bahasa Melayu yang diguna pakai sebagai bahasa kebangsaan Indonesia iaitu bahasa Melayu yang dipertuturkan di negeri Riau (merupakan bahasa Melayu Tinggi atau bahasa Melayu Standard atau bahasa Melayu Piawai) dan telah ditemukan bukti-bukti konkrit sejarah tentang asal-usul bahasa Melayu pada tulisan di batu tulis di daerah Sumatera Selatan dan Hulu Jambi. Dua bahasa itu meskipun berakar daripada bahasa Melayu yang sama iaitu bahasa Melayu, tetapi memiliki latar belakang sejarah dan perlakuan yang berbeza daripada segi tatabahasa, kedinamisan, dan kosakata. Beberapa perbezaan itu secara garis besar dapat dipaparkan sebagai berikut:


2.1 KATA “BILANG”

Kata “bilang” mengikut bahasa melayu Malaysia ialah untuk menyatakan hitungan atau kiraan dan banyak barang. Contoh ayat:
  1. Barang-barang itu belum dibilang jumlahnya lagi.
  2. Farhana sedang termenung membilang –bilang nasibnya.
Kata “bilang” mengikut bahasa Indonesia ialah berkata dan mengatakan. Contoh ayat:
  1. Banyak orang yang bilang bahwa ongkos transpor dalam kota akan naik.
  2. Berkali-kali Ayah bilang kepada adik agar jangan suka menyakiti hati orang lain.
Sebenarnya penulis tidak mempunyai apa-apa pengalaman dengan tiga perkataan ini. Tetapi jika mengkaji semula maksud perkataan sudah tentu mempunyai makna yang berbeza. Sebagai contoh, perkataan “bilang”, sudah tentu pelajar yang baru datang di Malaysia dan tidak faham bahasa Melayu Malaysia akan terus menggunakan perkataan itu seperti di Indonesia. Lazimnya pelajar baharu akan menggunakan perkataan separuh Indonesia dan separuh lagi bahasa melayu Malaysia sehingga dapat menimbulkan kekeliruan. Sebagai contoh pelajar dari Indonesia akan berkata: “Mengapa kamu bilang nasib saya lagi baik?” Bagi orang malaysia akan menjadi kekeliruan. Orang malaysia akan memberi jawapan: “saya tiada membilang-bilang nasib awak, saya Hanya mengatakan nasib awak lagi baik. Kes-kes seperti ini akan menyebabkan ketidakfahaman kedua-dua penutur. Pelajar dari Indonesia itu sebenarnya ingin mengatakan bahawa mengapa kawannya yang warga tempatan mengatakan nasibnya lagi baik.
Cadangangannya ialah jika warga Malaysia yang datang ke Indonesia dapat mengganti kata “dibilang” dengan kata “dihitung” dan untuk kata “mebilang-bilang” dapat diganti dengan kata “memikirkan”. Untuk warga Indonesia yang pergi ke Malaysia dapat mengganti kata “bilang” dengan kata “mengatakan”.

2.2 KATA “JABATAN”

Kata “jabatan” mengikut bahasa melayu Malaysia ialah bermaksud menyatakan cawangan atau bahagian dari suatu organisasi yang besar yang mempunyai tanggungjawab dan fungsi yang spesifik. Contoh ayat:
  1. Sukacita dimaklumkan, program Hari Ladang Jabatan Pertanian Negeri Kelantan akan diadakan pada 23 Oktober 2013.
  2. Jabatan Pertanian sedang membangunkan sistem penjejakan pasaran durian sejuk beku Malaysia ke China
Kata “jabatan” mengikut bahasa Indonesia ialah untuk menyatakan jawatan. Contoh ayat:
  1. Polisi itu akan mendapatkan jabatan baru jika berhasil menyelesaikan kasus ini.
  2. Acara pelantikan diadakan jika mendapatkan jabatan yang baru.
Dalam penggunaan kata pejabat, orang Indonesia hanya memahami dengan makna jawatan sahaja. Boleh dibayangkan pada masa proses pendaftaran pelajar baharu, pengerusi kemudian bertanya: “Apa jabatan awak?” Pelajar dari Indonesia yang kali pertama datang di Malaysia ia akan berkata: “Saya tidak bekerja di sini Encik, saya hanya mahu menjadi seorang pelajar sahaja.” Kemudian, kerana pengerusi tidak berpuas hati , pengerusi bertanya lagi dengan ayat yang sama dan pelajar masih menjawab dengan jawapan yang sama. Bagi orang melayu Malaysia Kes ini boleh menyebabkan banyak masalah jika pelajar tida ingin dan menambah perbendaharaan kata Melayu.
Cadangangannya ialah jika warga Malaysia yang datang ke Indonesia dapat mengganti kata “jabatan” dengan kata “departemen atau bagian”. Untuk warga Indonesia yang datang ke Malaysia dapat mengganti kata “jabatan” dengan kata “jawatan”.

2.3 KATA “LEWAT”

Kata “lewat” mengikut bahasa Melayu Malaysia ialah bermakna lambat. Contoh ayat:
  1. Saya akan datang lewat pagi ini kerana banyak kegiatan yang harus dilakukan.
  2. Kerugian yang dialami dalam perniagaan berpunca daripada bayaran lewat oleh penghutang.
Kata “lewat” mengikut bahasa Indonesia ialah untuk menyatakan lalu atau melalui. Contoh ayat adalah seperti berikut:
  1. Andi harus lewat depan rumah Ani agar sampai ke sekolah.
  2. Bus itu tidak akan lewat di sini pada siang hari.
Untuk perkataan lewat orang Indonesia lazimnya hanya menggunakan untuk menyatakan melalui. Boleh dibayangkan jika pelajar baharu dari Indonesia berkata: “Eh, awak yang lewat di belakang saya tadi?” Atau “Saya tidak datang kerana saya tidak boleh lewat.” Rakan-rakan yang warga tempatan akan berkata: “Awak orang yang dapat menepati masa tetapi mengapa awak tidak boleh datang?” Orang melayu Malaysia lazimnya hanya memahami kata lewat sebagai kata yang bermakna lambat. Ini boleh menyebabkan pertikaian kerana sebenarnya pelajar Indonesia itu hanya mahu mengatakan bahawa dia tidak dapat datang kerana tidak dapat melewati kawasan tersebut.
Cadangangannya ialah jika warga Malaysia yang datang ke Indonesia dapat mengganti kata “lewat” dengan kata “lambat” atau “telat”. Untuk warga Indonesia yang datang ke Malaysia dapat mengganti kata “lewat” dengan kata “melalui”.



BAB III
KESIMPULAN



3.1 KESIMPULAN

Sebenarnya tidak banyak perbezaan antara kedua-dua bahasa tetapi ada juga bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Indonesia yang mempunyai kata yang sama dengan makna berbeza serta konteks penggunaannya yang berbeza pula perlu dikesan oleh kedua penutur tersebut. Penggunaan kata ini sekiranya dibiarkan tanpa adanya kesepakatan untuk mencari jalan penyelesaian akan mengakibatkan perselisihan pendapat antara pembicara dan pendengar.

3.2 CADANGAN

Berdasarkan penjelasan dari kertas kerja ini ada beberapa cadangan. Cadangan adalah seperti berikut:
  1. Jika warga Malaysia yang datang ke Indonesia dapat mengganti kata “dibilang” dengan kata “dihitung” dan untuk kata “mebilang-bilang” dapat diganti dengan kata “memikirkan”. Untuk warga Indonesia yang pergi ke Malaysia dapat mengganti kata “bilang” dengan kata “mengatakan”.
  2. Jika warga Malaysia yang datang ke Indonesia dapat mengganti kata “jabatan” dengan kata “departemen atau bagian”. Untuk warga Indonesia yang datang ke Malaysia dapat mengganti kata “jabatan” dengan kata “jawatan”.
  3. Jika warga Malaysia yang datang ke Indonesia dapat mengganti kata “lewat” dengan kata “lambat” atau “telat”. Untuk warga Indonesia yang datang ke Malaysia dapat mengganti kata “lewat” dengan kata “melalui”.




RUJUKAN
Anon. 2013. Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbezaan_antara_Bahasa_Melayu_Piawai_dan_Bahasa_Indonesia [3 November 2013].
Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dawana.
Pusat Bahasa Departemen Pendidikan Nasional. 2008. Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi ke delapan, Jakarta.

NB: Terimakasih kepada Encik Rusdi yang telah membimbing sehingga makalah ini dapat diselesaikan

Artikel keren lainnya:

Belum ada tanggapan untuk "PERBEZAAN MAKNA KATA BILANG, JABATAN DAN LEWAT DALAM BAHASA MELAYU MALAYSIA DAN BAHASA INDONESIA"

Post a Comment